Tuesday

kehidupan universiti dah nak mula?

hai semua orang. dengar cerita hari ni adik-adik dapat keputusan UPU. so macam mana? yang dapat tu, tahniah. belajar betul-betul. bukan semua orang bertuah macam awak. yang tak dapat tu, tak apalah. mungkin rezeki awak di tempat lain. kita plan, Tuhan plan. tapi Tuhan lah sebaik-baik tukang plan tau.

mengimbau kembali kenangan zaman saya dapat result UPU dulu, saya dapat kos Dentistry di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. kalau ikutkan, saya kena masuk CFS dulu kat PJ. tapi, sehari sebelum saya mendaftar, tiba-tiba dapat tawaran ke tempat lain. jadi, beg yang saya dah kemas untuk masuk UIA tu saya unpacked balik. hehe.

antara korang ni mesti ada yang "weh. pakwe aku dapat sama tempat dengan aku. bahagianya." haa. kalau bahagia baguslah. menurut pengalaman hakak pula, dulu masa zaman ada pakwe, kitorang sama-sama dapat Kolej Matrikulasi Johor. lepas tu, dua-dua dapat UIA. masa kitorang, Engineering daftar sehari lebih awal daripada Dentistry. jadi masa tu, dia dah pergi mendaftar dulu. tup tup saya tak jadi daftar. maka tinggal lah dia di sana seorang diri. alhamdulillah akhirnya dia dapat makwe baru. heheh.

okay kenapa kena cerita pasal dia lewlz.

untuk yang dah memohon biasiswa tapi belum dapat jawapan, saya cadangkan awak pergi aje universiti yang awak dapat. dulu, ada seorang kawan saya ni, bila dapat matrikulasi, dia pergi matrikulasi. lepastu dapat UIA, dia masuk UIA. lepas tu, dia pun sama dapat tawaran ke luar negara. disebabkan program persediaan kitorang dulu mula agak lambat (bulan Julai. universiti UPU start bulan akhir Mei masa tu), jadi dia pergi je UIA. pergi orentasi. pergi kelas macam biasa. dan bila tiba masa, dia keluar dari UIA dan masuk ke pusat persediaan pula. rajin kan. saya? saya melepek je kat rumah sampai naik 10kg.

dekat mana-mana pun awak belajar, tak kisah. asalkan awak belajar. yang dapat tawaran ke luar negara pun, tak boleh nak happy sangat sebab belum tentu lagi boleh fly (kecuali ke beberapa negara, kos tertentu) macam kos saya dulu, 2 tahun awak kena hadap A-Level di malaysia, menyebabkan awak terlambat sikit daripada kawan di Malaysia sebab diorang matriks setahun je. lepas tu awak kena pass IELTS, pass A-Level, pass interview. ada je kawan-kawan saya, in fact, ramai yang tak lepas salah satu daripada tiga benda ni yang akhirnya tak pergi pun ke negara yang dia ditawarkan masa mula-mula. tapi itulah, tak kisah pun belajar kat mana, asalkan awak nak belajar.

minat dalam bidang awak memang penting. tapi, redha ibu bapa penting juga. salah satu daripada dua benda ni (kalau tak dua-dua) yang will keep you going masa study. saya sikit punya tak nak ambik medik dulu, siap kurung diri dalam bilik, akhirnya dah nak masuk tahun ketiga. ya lah benda masa depan ni kita tak boleh jangka. sama juga macam pakwe. ingat dapat universiti sama tu dah kira jodoh kuat ke? tak juga. tu semua ketentuan Tuhan.

kesimpulannya, tahniah kepada yang dah berjaya dapat tawaran ke mana-mana. gunakanlah sebaik-baiknya peluang tu. buat yang masih menunggu atau yang rasanya dah putus asa nak tunggu tawaran universiti, tak apalah. mungkin boleh mula cari kerja yang awak minat. atau berniaga. boleh tambah rezeki, tolong mak bapak.

okay lah panjang pula membebel. di kesempatan ini, saya saja ja nak bagitahu yang in shaa Allah saya akan ada masa Art for Grabs di Jaya One, Petaling Jaya pada 23 Ogos ni. nanti ada forum The V bersama Project V & Terfaktab. kalau disuruh, saya join lah jadi ahli panel. kalau nak jumpa, jom lah. aherher.

flight balik dublin in shaa Allah pada 28/8 petang. kalau nak hantar kat KLIA, jom lah. ok lah bye.

1 comment:

saye kerink said...

Assalamualaikum. Runnnn!! wahahaha aku rasa macam berabad gila tak blogwalking ni. Especially blog kau. Baruuuuu aku tahu dulu kau dapat dentistry. Dan baruuuuu aku sedar kau dah 3rd year medic. THUMBS UP weh!

Jadinya esok la, khamis, kau balik Dublin ya? ALL THE BEST wehhhhhh!!! Aku tak ada apa-apa advise pun, cuma, have fun! Tak semua orang dapat peluang teroka ciptaan Allah di luar zon selesa. ;]